Kelas STEM-IoT – Unroll Ball, Tomb Runner -Temple Run & Ghost Adventure

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game yang bertajuk Unroll Ball. Peserta diajar cara untuk mengheret dan menyusun kotak-kotak yang mempunyai aliran supaya bola besi dapat melalui aliran tersebut dan masuk ke ruangan terakhir untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pada sesi kedua, peserta bermain permainan bertajuk Tomb Runner – Temple Run dimana mereka akan menggunakan kekunci anak panah pada keyboard untuk memandu arah gerakan avatar bagi mengutip syiling yang terdapat di sepanjang perjalanan avatar menuju destinasi. Pada sesi ketiga pula, peserta memilih permainan bertajuk Ghost Adventure dimana avatar hantu mereka perlu memasuki setiap avatar orang dalam peringkat tersebut untuk membentuk avatar manusia dan mara ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali